PROGRAM LATIH DAN KERJA BELIA ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (PLKBAS)

Program Latih & Kerja Belia Asnaf Selangor (PLKBAS) merupakan sebuah program intensif anjuran Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama Skills Johor bertujuan menyediakan platform bagi membantu golongan belia asnaf dalam kategori fakir dan miskin di negeri Selangor untuk mendapatkan peluang latihan kemahiran dan penempatan kerjaya dalam tempoh 7 hari ia berlangsung.

PLKBAS merupakan salah satu daripada inisiatif Skills Johor untuk membangunkan negeri Selangor menjadi sebuah negeri maju dengan sifar kemiskinan, seiring dengan hasrat kami untuk menjadi tulang belakang negara bagi memacu kebolehpasaran belia tempatan yang berkualiti dan berdaya saing melalui program pembangunan belia seumpama ini.

RAKAN INDUSTRI YANG MENYEDIAKAN PENEMPATAN PEKERJAAN

 

TONTON VIDEO PROGRAM BELIA ASNAF SELANGOR

SIRI 1 

SIRI 2

TESTIMONIAL MAJIKAN

TESTIMONIAL PERANTIS PROGRAM PLKBAS

***LIPUTAN DARIPADA MEDIA SELANGOR, KLIK SINI***

Jika anda seorang belia yang berasal dari keluarga asnaf di Selangor dan sedang mencari peluang pekerjaan, anda digalakkan untuk menyertai PROGRAM LATIH & KERJA BELIA ASNAF SELANGOR anjuran LEMBAGA ZAKAT SELANGOR dengan kerjasama Skills Johor. Ingin maklumat lanjut? sila isi borang dibawah dan kami akan hubungi anda secepat mungkin. terima kasih.

Mohon