MANAGEMENT TRAINEE

 THE FOOD PURVEYOR SDN BHD

The Food Purveyor adalah syarikat yang terlibat dalam perniagaan pasaraya runcit seperti Pasaraya OTK, Village Grocer dan Ben's Independent Grocer (B.I.G.)

MANAGEMENT TRAINEE (Kuala Lumpur, Selangor, Johor)

Gaji Permulaan: RM 2,300

Lokasi Temuduga: D-1-5 Sunway Nexis, No.1 Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

 

Syarat Kelayakan:

1. Graduan dari universiti awam yang tidak bekerja

2. Tamat peperiksaan tahun akhir pada Mac 2018 & ke atas

3. Ijazah dalam Peruncitan/Perniagaan/Pengurusan atau setara

4. Kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris dengan baik

 

Kriteria:

1. Kemahiran komunikasi

2. Kemahiran mendengar

3. Kemahiran berunding

 

Skop Kerja:

1. Melaksanakan tugas-tugas asas di jabatan yang ditugaskan

2. Menguruskan stok dan inventori

3. Memastikan ruang kerja yang sentiasa bersih, kemas dan selamat

4. Membantu pemilihan pembekal berdasarkan harga, kualiti, kos dan lain-lain

5. Membantu dalam proses perancangan dan pembelian rangkaian produk baru dan sedia ada

6. Berpotensi untuk dinaikkan pangkat kepada Junior Executive selepas tamat tempoh 6 bulan, sekiranya pencapaian memuaskan

 

Mengenai GRAND:

GRAND adalah sebuah program latihan komprehensif selama 11 hari bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan serta melatih graduan IPTA dengan kemahiran teknikal dan insaniah dalam bidang Peruncitan melalui metodologi penempatan-dan-latihan.  Hanya calon yang berjaya diterima bekerja sahaja yang layak menyertai Program GRAND.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohonan dianggap tidak berjaya jika anda tidak menerima sebarang jawapan dalam masa14 hari selepas tarikh tutup permohonan.