Analisa Personaliti melalui teknik DISC
 
Setiap individu adalah unik. Bagaimana pihak majikan menilai seseorang individu itu sebelum diambil bekerja?
Selain melihat kepada kelayakan akademik, pihak majikan juga sering melihat kepada beberapa faktor dalaman yang boleh memberi impak positif kepada proses pengambilan pekerja. 
 
Kebanyakan majikan akan menjalankan analisa untuk menilai kemampuan kognitif, sikap, sifat keperibadian dan tahap pengetahuan. Keputusan daripada ujian ini akan memberikan gambaran mengenai individu yang bakal ditawarkan kerja mempunyai set keperibadian, kemahiran dan sifat yang diperlukan terutamanya dalam menjalankan sesuatu tugasan mengikut bahagian dalam syarikat. 
 
Bagaimana anda boleh membina kerjaya dengan memahami personaliti anda?
 
Analisa Personaliti melalui Teknik DISC (Dominance, Influence, Steadiness & Compliance) mampu untuk menilai karektor anda.  Sesi ini mengambil masa 5 minit sahaja dan ini yang perlu anda lakukan.
 
  • Anda akan diminta untuk menjawab kesemua 24 kategori soalan berikut.
  • Anda WAJIB memilih hanya satu (1) jawapan bagi setiap kategori. 
  • Jawapan anda mestilah yang paling cenderung atau paling dekat mencerminkan diri anda berdasarkan pernyataan yang diberikan.
Harus diingat bahawa tiada jawapan yang betul atau salah dalam setiap pernyataan, anda hanya perlu berlaku jujur dengan diri anda dan memberikan jawapan berdasarkan pernyataan tersebut.