Graduates Skills Enhancement Program (GSEP) merupakan program tajaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi tujuan mempersiapkan mahasiswa dengan latihan dan seterusnya memulakan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan & peruncitan.

Program khas bagi mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini bukan sahaja memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendapat penempatan kerja, malah latihan persediaan khas diberikan dan ditaja sepenuhnya akan diberikan kepada peserta yang layak.  Ini seterusnya memberikan nilai tambah kepada para mahasiswa dan ini adalah peluang yang tidak harus dilepaskan!.

Skills Johor telah dilantik sebagai panel penyedia latihan GSEP oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan UniSZA untuk membantu anda membina kerjaya yang dinamik!.

Syarat dan kriteria penyertaan Graduates Skills Enhancement Program (GSEP)​ :

  • Penyertaan terbuka kepada SEMUA mahasiswa TAHUN AKHIR UniSZA
  • Berminat untuk bekerja dalam sektor PERKHIDMATAN & PERUNCITAN 
  • Sihat tubuh badan dan bersedia untuk bekerja

Sekiranya anda menepati kriteria di atas, sila lengkapkan maklumat anda dalam ruangan di bawah dan pihak kami akan membuat semakan dengan pihak UniSZA bagi tujuan pengesahan.