2018-11-05

Memiliki sekumpulan pekerja yang komited dan berkualiti serta mampu bekerja keras untuk mencapai matlamat syarikat adalah idaman setiap majikan. Ada majikan yang beranggapan bahawa pekerja berpengalaman adalah teras kejayaan perniagaan mereka. Mungkin hal ini juga benar, namun ia bukanlah jaminan sepenuhnya. Bahkan, ada juga sebilangan majikan yang percaya bahawa mengambil pekerja daripada kumpulan ‘fresh graduates’ juga ada kelebihan tersendiri. Selain dari perbezaan gaji yang ketara, ‘fresh graduates’ selalunya lebih bersemangat, penuh dengan idea-idea baru dan lebih mudah untuk dibentuk dan dibimbing. Jadi bagaimanakah cara untuk anda menarik minat ‘fresh graduates’ yang komited dan berkualiti untuk bekerja dengan anda? 

https://unsplash.com/photos/2cC8zMA4E1A

#1 Kenal pasti keperluan pengambilan pekerja baru

Sebagai majikan, anda pasti kenal setiap jabatan di dalam syarikat anda. Anda juga mesti ambil tahu jika terdapat mana-mana jabatan yang memerlukan lebih sokongan. Pengambilan pekerja baru untuk membantu syarikat anda boleh memberikan kelancaran kepada operasi syarikat. Oleh itu, kenal pasti jabatan yang memerlukan tenaga kerja baru dan jenis kemahiran yang diperlukan dengan segera.

#2 Adakah anda wujud di ‘social media’?

Golongan muda remaja seperti ‘fresh graduates’ banyak menghabiskan masa dengan ‘online’ dan ‘social media’. Jika anda ingin menarik minat mereka untuk bekerja dengan anda, pertama sekali anda perlu ada Facebook syarikat kerana pada saat mereka ingin memohon kerja dengan syarikat anda, perkara pertama yang akan mereka lakukan adalah ‘stalk’ akaun Facebook milik syarikat berkenaan. Sekiranya syarikat tersebut tidak aktif di ‘social media’ atau pun tidak mempunyai akaun ‘social media’ langsung, kemungkinan  besar mereka berpendapat bahawa syarikat anda tidak cukup kukuh.

#3 Latih budaya korporat yang baharu

Budaya korporat yang konvensional melatih budaya berpakaian formal ke tempat kerja, contohnya yang wanita berbaju kurung dan yang lelaki berkemeja masuk dalam. Namun begitu, generasi muda seperti ‘fresh graduates’ hari ini lebih menitikberatkan keselesaan dalam berpakaian semasa bekerja. Rata-rata mereka gemar memilih syarikat yang memberi kelonggaran dalam berpakaian ke pejabat contohnya dibenarkan memakai t-shirt & seluar jeans sahaja. Ini terutamanya jika bidang kerja yang mereka pilih hanya di pejabat sahaja dan mereka bekerja dalam bidang kreatif.

#4 Tawarkan peluang untuk membina kerjaya, bukan untuk mengisi kekosongan jawatan semata-mata

Generasi muda lebih tertarik kepada peluang untuk mereka menimba pengalaman baru di samping membina kerjaya masa hadapan mereka. Kadangkala bukanlah jumlah pendapatan yang besar yang mereka cari, tetapi bidang kerja yang mengikut minat mereka dan tawaran manfaat lain yang akan diperolehi. Jika mereka tidak nampak peluang yang baik untuk perkembangan masa hadapan mereka, kemungkinan besar mereka tidak akan memohon jawatan yang anda iklankan. Selain itu, sediakan juga pakej kerjaya yang lengkap dan kompetitif seperti kenaikan gaji dan pangkat, insurans, dan manfaat-manfaat asas yang lain.

Ingin memudahkan proses pengambilan ‘fresh graduates’ bekerja?

Di Skills Johor, kami ada menyediakan peluang latihan dan penempatan kerjaya untuk ‘fresh graduates’. Sekiranya anda memiliki sebarang kekosongan jawatan untuk ‘fresh graduates’, Skills Johor dapat membantu anda. Untuk maklumat lanjut mengenai peluang kerjasama industri bersama Skills Johor, sila emel kan ke [email protected]

Share this article