2018-11-27

Bahasa Inggeris adalah bahasa global yang digunakan dengan meluas dan perlu dikuasai dari peringkat sekolah lagi. Lebih kurang 1.5 bilion manusia di dunia bertutur dalam Bahasa Inggeris manakala 1 bilion lagi sedang mempelajarinya. 75% daripada surat dan poskad di dunia ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Walaupun Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan negara kita, namun penguasaan Bahasa Inggeris dapat membantu seseorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara. Bak kata pepatah, menuntut ilmu biar sampai ke negeri China.

Ekonomi global berpaksikan Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris merupakan bahasa ekonomi dan teknologi yang membolehkan negara menjadi lebih kompetitif dalam era dunia tanpa sempadan. Lihat sahaja negara-negara berekonomi tinggi seperti Perancis, China, Jepun dan lain-lain yang sebelum ini memandang remeh kepentingan Bahasa Inggeris. Kini negara-negara tersebut telah pun mengiktiraf kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan antarabangsa. Bukankah negara kita Malaysia juga sepatutnya begitu? 

Bahasa Inggeris bakal membunuh bahasa ibunda?

Ada juga segelintir yang beranggapan bahawa memartabatkan Bahasa Inggeris bermaksud membunuh Bahasa ibunda negara kita iaitu Bahasa Malaysia. Namun, mengapa perlu kita berfikiran negatif? Mengapa kita tidak boleh menguasai kedua-dua bahasa ini sekaligus? Bukankah itu pemikiran yang lebih positif dan matang?

Inisiatif kerajaan demi memartabatkan Bahasa Inggeris

Sejak tahun 2016, kerajaan telah melaksanakan Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa  Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).  Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui peningkatan  masa pendedahan Bahasa Inggeris menerusi mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar di sekolah.

DLP membuka peluang kepada murid untuk meningkatkan akses dan meneroka ilmu sekaligus meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan. Murid yang berjaya menguasai Bahasa Inggeris dengan baik lazimnya lebih pintar dan mampu memacu ekonomi negara.  Sekiranya pencapaian seperti ini diteruskan dan dikembangkan, Malaysia boleh menjadi sebuah negara bebas kemiskinan dalam jangka masa singkat.

Sumber: Utusan

Bahasa Inggeris menjadi teras Industri 4.0

Negara maju seluruh dunia rata-ratanya menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi walaupun bukan bahasa ibunda mereka.  Banyak buku, laman web, dan sumber ilmu yang lain ditulis dalam Bahasa Inggeris.  Oleh itu, kemahiran berbahasa Inggeris membuka pintu kepada ilmu pengetahuan tanpa sempadan di dalam era teknologi yang serba-serbi canggih masa kini.

Dalam usaha menunaikan hasrat kerajaan untuk menjadi salah sebuah negara dengan ekonomi termaju di dunia, seluruh rakyat terutamanya golongan pelajar dan pemuda memainkan peranan yang amat penting.  Mereka adalah penggerak ekonomi utama sesebuah negara.  Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dalam kalangan generasi muda meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing modal insan tempatan di peringkat global.  Seterusnya, menggalakkan hubungan kerjasama dengan negara asing terutamanya dalam bidang teknologi Industri 4.0.

Ingin tingkatkan kemahiran berbahasa Inggeris?

Skills Johor ada menyediakan pelbagai program pembangunan kemahiran yang komprehensif untuk rakyat Malaysia di seluruh peringkat.  Sekiranya anda ingin mengasah kemahiran Bahasa Inggeris anda, kami menawarkan program ‘Effective English for The Workplace’ – sebuah program latihan Bahasa Inggeris untuk golongan yang sedang bekerja dan sekiranya anda adalah majikan, program ini adalah 100% ‘HRDF Claimable’.

Untuk maklumat lanjut mengenai program latihan kemahiran yang kami tawarkan, sila isi e-borang https://bit.ly/2DJHQhA 

 

 

Share this article