2018-06-12

“Bila tiba hari raya, semua insan bergembira, tetapi bagiku, hanya kesedihan….” Inilah lagu wajib yang sering kita dengar setiap kali tibanya hari raya.

Lagu raya tangkap leleh ini bertajuk “Cahaya Aidil Fitri” dan dinyanyikan oleh sebuah kugiran tanah air iaitu ‘Black Dog Bone’… haa..ganas tak nama band ni?

Kalau nak layan lagu mereka sambil baca entry ni, sila klik sini.

Tapi kita bukan nak cakap pasal lagu raya, atau tangkap leleh, atau Black Dog Bone!

Kali ini, kita nak belajar #AdabBeraya supaya korang semua tak jadi hantu raya masa beraya nanti.

Sumber foto: www.directlending.com.my

Ini adalah perkara yang perlu anda elakkan pada hari raya

#1: Jangan mintak duit raya atau suruh anak pergi salam mintak duit raya

Korang tu dah besar panjang dah, tak payahlah sibuk nak minta duit raya lagi.  Sepatutnya dah besar panjang ni la korang share pulak duit gaji korang dengan orang tua. Lepas tu, jangan pulak ajar anak-anak salam mintak duit raya tiap kali nak balik dari rumah orang. Sesetengah tuan rumah memang tak ada bajet untuk duit raya budak-budak, jadi jangan buat tuan rumah rasa serba-salah kalau mereka tak mampu nak memberi. Jangan bagi anak-anak buka sampul duit raya sebelum keluar dari rumah.  Dibuatnya mulut anak tu laser, bila dapat duit raya sikit, habis kecoh serumah dibuatnya.  Jagalah hati tuan rumah tu…

Sumber foto: www.thevocket.com

#2: Jangan ‘order’!

Cuaca Malaysia memang panas. Jadi kalau pegi rumah orang tu dihidang air batu…fuhhh… sekelip mata je kosong jag orang tu. Tapi kalau tuan rumah hidang air panas, korang jangan memandai nak order air jagung la… katira la… sirap bandung la… teh ais cincau la… ais kepal milo la… Kalau tak minum air yang orang tu hidang pun, korang jangan komen apa-apa.  Paling-paling pun kalau dah tak tahan dahaga sangat, mintaklah air kosong.

Sumber foto: www.butterkicap.com

#3:  Jangan dihabiskan kuih raya orang tu

Kalau korang terjumpa kuih raya ‘feveret’ korang kat rumah orang, jangan pulak korang bantai habiskan, walaupun pada hari raya pertama.  Mungkinlah tuan rumah tu masih simpan banyak lagi stok kuih kat dapur dia, tapi itu bukan point dia. Point dia adalah…kalau korang bantai sampai licin balang kuih tu, kuih apa lagi yang tinggal untuk orang lain? Tuan rumah pun confuse kuih apa nak kena refill balik. (Hanya orang yang kerja isi kuih dalam balang je yang faham masalah ni.)

Sumber foto: Nur Fatin Hanani

#4:  Jangan minta password WiFi rumah orang

Memang ada spesis manusia yang asyik berkepit dengan handphone kat mana-mana pun. Spesis ni kita panggil “anti-sosial”. Kepada spesis anti-sosial ni tolong lah kalau beraya rumah orang tu, jangan ringan sangat mulut tanya apa password wifi dia, okay?  Sepatutnya tujuan beraya kan untuk rapatkan silaturrahim, jadi simpanlah telefon tu kejap.

Sumber: Aryan Azra

#5:   Jangan bagi salam lebih 3 kali

Bila datang rumah orang tu, bagilah salam paling banyak pun 3 kali je. Kalau orang tu tak jawab, balik la, datang balik lain hari. Sebab tu, sebelum nak pergi beraya rumah orang, tolong call dulu tuan rumah sebelum datang. Terutama sekali yang nak datang sebelah malam, wajib call sebelum tuan rumah dah tukar baju kelawar. Manalah tahu orang tu tak ada di rumah ke… tengah tak sihat ke… atau sebagainya. Tak payah sampai nak ketuk pintu rumah orang tu sampai bergegar pintu, jenguk kat tingkap macam pencuri, atau tawaf keliling rumah dia sampai ke dapur...tak payah, okay?

Sumber: giphy.com

#6: Jangan sibuk tanya orang bujang pasal kahwin

Tolonglah jangan buat orang rasa annoying dengan soalan “Bila nak kahwin?” atau “Bila nak dapat anak?” atau “Satu je ke anak? Bila nak tambah lagi?” Kalau sekali je kena jawab, takpe jugak. Tapi kalau dah tiap-tiap rumah yang pergi pun nak kena jawab soalan yang sama, ini boleh bikin panas! 

#7: Jangan sebok canang harga baju raya korang

Walaupun korang sakan beraya dengan baju raya Rizalmon korang tu, tapi jangan over pulak ye.  Tak payah compare baju korang dengan baju orang lain. Tak payah sebut pun harga baju korang yang mahal beribu-ribu tu… Jaga hati orang lain. Ramai lagi saudara-mara yang kurang mampu berbanding korang.

Sumber: giphy.com

#8:  Jangan suap anak orang tanpa kebenaran mak bapak dia

Bila dah berkumpul ramai-ramai, mak bapak biasanya orang yang paling rileks lah pasal ramai dayang yang boleh tolong layan anak-anak mereka. Walaupun korang sedang membantu meringankan beban mak bapak ini, jangan sekali pun memandai-mandai suap anak mereka tanpa kebenaran. Kalau budak tu ada alergik apa-apa, tak semua benda dia boleh makan.  Silap makan, naik merah-merah badan dia nanti. Mungkin korang fikir, “Alaa.. takkan buah pun tak boleh kot? Buah kan bagus..” Ha’ah, baguslah kalau korang tu sihat walafiat. Tapi sesetengah baby, tak semua buah dia boleh makan, okay? Jadi jangan ambil risiko, mintak kebenaran hatta korang nak bagi air masak sekalipun.

#9: Jangan buat rumah orang tu macam rumah mak bapak sendiri

Mula dari malam raya sampailah seminggu selepas tu biasanya memang bersusun cerita best-best kat tv.  Kalau nak layan semua, mahu tak keluar beraya la jawabnya. Tapi jangan pulak masa beraya rumah orang, korang buat tv orang tu macam tv korang sendiri. Siap pegang remote tukar siaran lagi!  Dah elok-elok orang tu pasang drama raya, kau pergi tukar Astero Ceria pulak. Amboi amboi amboi… kena halau dengan tuan rumah baru tahu. 

#10:  Jaga tandas rumah orang

Benda basic macam ni pun ramai lagi yang tak jaga adab yang sepatutnya. Sebaik-baiknya, hajat yang besar dibuang dulu sebelum korang pusing pergi beraya. Jadi takdelah beratur nak guna tandas kat rumah orang nanti. Jangan lupa flush sebelum keluar. Paling penting, jangan tinggalkan pampers anak dalam tandas rumah orang! 

Sumber: Redbubble

Diharap adab-adab yang telah disebutkan di sini dapat dipraktikkan dengan baik supaya hari raya korang kali ini lebih bermakna. 

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada anda semua! 

 

Share this article