2018-07-05

Demam Final Piala Dunia FIFA kini kembali! Pada tahun ini, Rusia menjadi tuan rumah kepada kejohanan bola sepak antarabangsa yang kini berlangsung hingga 15 Julai 2018 nanti.  Piala Dunia FIFA 2018 adalah yang pertama kalinya diadakan di Eropah Timur, dan kali ke-11 diadakan di Eropah.  Sebanyak 32 pasukan kebangsaan berentap merebut tempat untuk ke perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Luzhniki di Moscow.

Demam bola bahaya atau tak?

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita peminat pasukan Argentina dari Kerala, India mati bunuh diri gara-gara kecewa dengan kekalahan Argentina menentang Croatia 0-3.  Dinu Alex yang berusia 30 tahun meninggalkan sekeping nota yang memberitahu seolah-olah ingin membunuh diri selepas kekalahan Argentina. 

Dinu yang merupakan peminat tegar Lionel Messi amat kecewa dengan prestasi pemain dan pasukan kegemarannya itu.  Beberapa hari kemudian, mayat Dinu ditemui di sungai berhampiran rumahnya.  Polis mengesyaki Dinu melarikan diri bagi mengelak dipersendakan kawan-kawannya. Ini  bukti bahawa ‘demam bola’ bukanlah penyakit yang boleh dipandang remeh!  Jadi, bagaimana cara untuk anda kenalpasti sama ada ‘demam bola’ yang anda hidapi tu parah atau tidak?

Simptom-simptom penyakit ‘demam bola’ anda semakin parah:

#1: Topik perbualan anda di mana-mana pun semua pasal bola

Setiap kali anda jumpa orang di tempat parking kereta, perkara pertama yang anda tanya ialah “Kau tengok tak game malam tadi?”

Setiap kali anda jumpa orang dalam lif, perkara pertama yang anda tanya ialah “Kau tengok tak game malam tadi?”

Setiap kali anda sampai ke pejabat, perkara pertama yang anda tanya kepada kawan meja sebelah ialah “Kau tengok tak game malam tadi?”

Sumber: mystar.com

#2: Check skor game lain masa anda tengah tengok game

Walaupun anda tengah menonton game bola, dalam masa yang sama anda kerap check skor game lain.  Tak cukup dengan notification updates di telefon bimbit, anda tetap check scoring terkini di website untuk memastikan yang andalah orang pertama yang dapat access kepada skor dan kedudukan terkini pasukan kegemaran anda dan juga pasukan-pasukan lawan.

Sumber: giphy.com

#3:  Anda ada goal celebration anda sendiri

Oleh sebab anda terlalu taksub tunggu detik pasukan kegemaran anda buat jaringan gol, anda dah cipta goal celebration anda sendiri supaya anda boleh show off kepada peminat pasukan lawan sebaik saja gol dijaringkan!  Tapi pastikan dulu gol tu betul-betul masuk ye, kalau ‘out’,  buat malu je…

Sumber: giphy.com

#4:  Masa yang ada sentiasa diisi dengan menonton match highlights berulang-ulang kali

Satu lagi simptom demam bola adalah anda asyik menonton match highlights berulang-ulang kali walaupun anda dah tonton keseluruhan perlawanan itu pada malam sebelumnya. Pantang ada masa kosong sikit, anda dah jadi tak senang duduk, mesti nak kena tonton match highlights, walaupun masa tengah makan.

Sumber: JinnyboyTV via says.com

#5:   Selalu tidur luar tanpa bini yang suruh

Selalunya bila suami isteri bergaduh, mesti si isteri suruh suami tidur luar. Tapi kalau anda menghidap ‘demam bola’, tak payah gaduh, tak payah disuruh, dengan rela hatinya anda akan tidur luar depan tv.  Tak dapat tidur sebelah bini seminggu pun tak jadi masalah, betul tak?  Tapi ingat, siaplah anda bila dah habis musim Piala Dunia nanti…haa amacam? Ada bran ke bro?

Sumber: giphy.com

Adakah anda memiliki kesemua tanda-tanda ‘demam bola’ ini?

Jika kesemua tanda ‘demam bola’ ini ada pada anda, maka anda perlulah mengambil langkah berjaga-jaga sebelum ia jadi semakin parah! Minat bola pun ada batasnya, jangan biarkan ia memakan diri anda.  Ambil yang positif, tinggalkan yang negatif!

Share this article