2018-05-22

Cara atasi rasa 'lemau' ketika bekerja dalam bulan puasa

Memandangkan sekarang ni kita dah pun berada dalam bulan puasa, mesti ramai yang mengalami simptom-simptom seperti mengantuk, badan rasa lemau dan tak kurang jugak yang rasa malas nak kerja time puasa kan? Sememangnya bila berpuasa, hari terasa lebih panjang daripada biasa. Tak kiralah hari bekerja atau hari cuti, kedua-duanya sama je. Sebab tu lah mata kita asyik-asyik nak jeling jam.  Rasa macam dah 30 minit berlalu, padahal baru 5 minit! Kali ni kami nak kongsi tips untuk korang kekalkan produktiviti semasa berada di tempat kerja walaupun korang puasa!  Ingat, korang cuma puasa makan dan minum je, bukan puasa buat kerja…hiks! 

#1:  Jangan tidur selepas sahur

Kalau korang masih single, rata-rata mesti tidur balik lepas sahur kan? Kenapa?  Yelah, sebab korang cuma perlu risaukan diri sendiri aje.  Lebih-lebih lagi yang tinggal dengan ibu bapa, mak yang masak, lagilah tak ada apa yang perlu korang risaukan, betul tak? Masa sejam lebih yang ada takkan nak disia-siakan dengan buat kerja, lebih baik tidur.

Kalau yang dah berkeluarga tu pulak, selalunya memang tak sempatlah nak sambung tidur sebab masa yang ada lagi sejam tu kena pulak dibahagi-bahagikan dengan solat Subuh, mengaji sekejap, gosok baju, kemas rumah, dan siapkan anak-anak untuk pergi sekolah.  Kadang-kadang tak cukup pun sejam tu, jadi memang susahlah nak terlelap.

Sumber: https://giphy.com/gifs/dUHc7gLCoEpGM

#2:  Buat senarai perkara-perkara yang perlu disiapkan

Ambil masa untuk buat senarai semak perkara-perkara yang anda nak siapkan pada hari tersebut.  Senarai ini akan bantu korang untuk lebih fokus siapkan kerja.  Jadi daripada korang habiskan masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah atau mendatangkan dosa seperti membawang di bulan puasa, baiklah korang fokus untuk siapkan kerja korang yang bertimbun-timbun tu dulu.

Sumber: https://giphy.com/gifs/spongebob-26ufnwz3wDUli7GU0

#3:  Masa rehat pun penting juga

Walaupun korang dah bagi 100% komitmen pada kerja korang, of course after some time korang akan rasa penat.  Realistiklah sikit…korang pun manusia juga.  Ambillah sedikit masa semasa solat Zuhur untuk mengaji atau berzikir.  Tak pun, korang boleh lelapkan mata 5 – 10 minit pun sudah cukup untuk buat korang rasa lebih segar tau! Almaklumlah, korang perlu lebih tenaga untuk kekal segar sehingga solat sunat terawih pada waktu malam kan?

#4:  Rancang menu berbuka anda

Bila dah hampir masuk waku Asar, biasanya masa ni fokus korang dah hampir nak ke laut dah.  Lapar tu dah tak payah nak cakaplah.  Kalau mak-mak tu, masa ni dah sibuk fikir nak masak ke nak beli je untuk berbuka.  Kalau nak masak, menu apa pulak nak masak?  Cukup ke bahan-bahannya kat rumah?  Perlu singgah kedai topup bawang ke tak? Daun kari kat rumah ada lagi ke tak dan banyak lagi benda yang nak difikirkan. 

Mulalah jari-jemari menaip tanya kepada Encik Google untuk mencari resipi-resipi masakan yang sedap-sedap!  Bukan tak boleh, tapi kawal carian anda dan hadkan masa anda.  Rugilah kalau anda bazirkan 1 jam terakhir waktu pejabat dengan main internet sahaja, sedangkan kalau digunakan betul-betul, dah boleh siap 2,3 kerja dah tak perlu lagi fikir untuk sambung buat esok, betul tak?

Masih tercari-cari kerja?

Kalau korang masih lagi tercari-cari kerja sekarang ini dan bimbang bila raya nanti makcik-makcik tanya “Dah kerja ke belum?”,hubungi kami sekarang untuk mendapatkan maklumat tentang program penempatan kerjaya yang sedang kami jalankan.

Klik di sini http://skillsjohor.edu.my/en/latihan-dan-penempatan-kerjaya

Share this article