CIDB merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk menggalakkan dan merangsang pertumbuhan dan perkembangan industri pembinaan di Malaysia. Melalui kajian dan kawal selia pematuhan standard, CIDB bertanggungjawab memastikan kualiti bahan yang digunakan serta hasil pertukangan dijamin bermutu tinggi. Di samping memberi latihan, CIDB juga menawarkan pengakreditasian khusus kepada kontraktor dan juga tenaga buruh. Selain itu, CIDB turut memainkan peranan sebagai penasihat kepada kerajaan dan menguruskan aduan dan laporan berkaitan industri pembinaan bagi mewujudkan suasana kerja yang selamat dan kondusif di kawasan pembinaan.