Sebagai pemangkin kepada pembangunan modal insan, Skills Johor berfungsi sebagai platform yang mampan dalam melatih tenaga kerja yang tepat untuk menaikkan taraf kemahiran rakyat Malaysia dalam industri yang berkaitan

 

Skills Johor adalah hab kemahiran pertama di Malaysia dan telah dianugerahkan status sebagai Pentadbir Induk oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pembangunan Sumber Manusia. Skills Johor bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran dan keusahawanan rakyat Malaysia melalui latihan, pengajian teknikal dan vokasional berteraskan keperluan industri. Peluang latihan dan jawatan kosong terbuka kepada semua rakyat Malaysia. 

"Menbangunkan Kemahiran, Menyokong Pembangunan"

  • Menaik taraf kemahiran tenaga kerja mengikut keperluan industri
  • Membolehkan tenaga kerja menikmati pendapatan yang lebih tinggi
  • Meningkatkan tahap pendapatan keseluruhan dan mengatasi isu sosioekonomi kesan daripada pengangguran
  • Banyak industri akan beroperasi di Johor melalui peningkatan kumpulan tenaga kerja yang berkemahiran
  • Peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor berkemahiran tinggi