Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menjangkakan krisis ini akan meningkatkan kadar pengangguran dalam pelbagai sektor industri.

Skills Johor mengambil inisiatif untuk membuka Portal Bantuan Penempatan Pekerjaan COVID-19 (PBP COVID-19) sebagai sebahagian daripada Program Tanggungjawab Corporat (CSR) untuk membantu individu yang ingin mendapatkan peluang pekerjaan dalam sektor-sektor tertentu. Melalui jaringan industri yang luas dan kukuh, Skills Johor ingin bersama-sama mengukuhkan ekonomi negara secepat mungkin dengan memastikan peluang pekerjaan dalam sektor industri terus mampan.

Kami juga mengalu-alukan para majikan yang berminat untuk turut serta bersama kami untuk membantu individu yang terjejas. Para majikan boleh menghubungi Ms.Lim melalui e-mel - [email protected].

PBP COVID-19 adalah perkhidmatan PERCUMA dan tiada caj dikenakan kepada pendeposit resume / cv.

Apakah sektor-sektor yang terlibat?

  • Perkhidmatan dan Peruncitan
  • Pharmaseutikal
  • Perbankan & Kewangan
  • SME yang memerlukan tenaga kerja
  • Perindustrian

Sila lengkapkan maklumat di bawah dan memuat naik resume / cv anda dalam format .pdf. Pihak kami atau bakal majikan akan menghubungi anda sekiranya profil anda layak untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan dalam industri.