PROGRAM LATIH DAN KERJA BELIA ASNAF LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (PLKBAS)

 

Program Latih & Kerja Belia Asnaf Lembaga Zakat Selangor (PLKBAS) merupakan sebuah inisiatif strategik bagi menyediakan platfom latihan, persediaan dan penempatan pekerjaan kepada Belia Asnaf Selangor.

 

Peranan program ini begitu signifikan dan sejajar dengan hasrat untuk membangunkan ekonomi Belia Asnaf dalam sektor perkhidmatan dan peruncitan khususnya di Lembah Klang. Ini seterusnya dapat memacu ekonomi ummah dan merealisasikan hasrat untuk melahirkan para belia yang berdaya saing dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.

 

Objektif PLKBAS

  • Menyediakan peluang bagi Belia Asnaf Selangor mengikuti latihan pra-penempatan kerja bagi persediaan sebelum memulakan kerjaya berdasarkan keperluan industri.
  • Meningkatkan taraf ekonomi Belia Asnaf dalam memajukan diri serta menyediakan peluang pekerjaan yang baik dalam sektor perkhidmatan dan peruncitan.
  • Membantu para Belia Asnaf Selangor dalam membina kerjaya, keluar daripada kumpulan penerima bantuan Zakat dan menjadi penyumbang Zakat bagi memajukan ekonomi ummah yang lebih memerlukan.

 

Kriteria Kelayakan 

  • Terbuka kepada semua Belia Asnaf Selangor yang berumur 17 hingga 28 tahun
  • Berasal atau bermastautin di negeri Selangor
  • Pemohon atau keluarga berdaftar sebagai penerima sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor

 

Maklumat Penting : Permohonan yang dihantar oleh pemohon akan disemak dan disahkan oleh Lembaga Zakat Selangor.

'
+60
+60