2017-07-23

Skills Johor mengucapkan tahniah kepada Cohort ke-5 yang telah menamatkan latihan. Mereka akan mula bekerja sebagai 'Personal Care Worker' di syarikat My Flex Health. En. Paul RowellPengarah Eksekutif My Flex Health International turut hadir semasa majlis pemberian sijil. My Flex Health International memelihara kualiti dan kecemerlangan kakitangan sepenuh masa dan sambilan dengan menyediakan latihan, pendidikan secara berterusan.  

My Flex Health International memberi fleksibiliti kepada pekerja dengan membenarkan kakitangan menentukan jadual kerja mereka sendiri, menambah baik perkhidmatan penghantaran jagaan kesihatan dan keperluan pekerjaSasaran mereka adalah untuk menyediakan perkhidmatan bertepatan masa dengan fokus untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan menaikkan taraf kakitangan kepada taraf tertinggi, sejajar dengan peningkatan berterusan mereka.