2018-04-09
April 9, 2018 - Sebuah Memorandum Persefaham telah dimeterai di antara Skills Johor Sdn Bhd dengan Perisind Samudra Sdn Bhd dan Serba Dinamik Sdn Bhd bagi tujuan memangkin kejayaan program Latihan Teknikal dan Vokasional di Pengerang, Kota Tinggi ("TVET 4.0").
 
Di bawah pelan pembangunan "Dekad Baharu Johor", negeri Johor bakal menyaksikan penstrukturan pembangunan infrastruktur dan projek-projek mega antaranya Forest City, Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR), Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan Kompleks Petroleum Berintegrasi Pengerang (PIPC). Kebolehlaksanaan projek-projek tersebut bergantung kepada kerjasama dan kolaborasi di antara kerajaan negeri Johor, kerajaan persekutuan, syarikat swasta dan organisasi-organisasi bukan kerajaan yang terlibat.
 
Usahasama di antara kesemua syarikat ini menguatkuasakan bahawa kesemua program latihan yang dikendalikan di bawah TVET 4.0 bakal memperkukuh kemahiran teknikal dan insaniah golongan belia bumiputera di samping meningkatkan kesiagaan mereka untuk memenuhi kehendak pasaran, khususnya di PIPC dan kompleks petroleum dan petrokimia berhampiran.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin di PTD 5012, Mukin Pengerang, Kota Tinggi.