2017-11-05

Johor Port Berhad telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Skills Johor sebagai rakan strategik yang akan memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja mahir dalam bidang logistik bagi memenuhi keperluan pekerja mahir semasa dan industri.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin turut hadir menyaksikan pertukaran perjanjian MoU di antara Johor Port Berhad dengan Skills Johor. MoU berkenaan ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Skills Johor, Datuk Omar Shariff Mydeen, manakala Johor Port Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Sharull Allam Shah Abdul Halim.

Skills Johor merupakan pentadbir induk hab latihan Kemahiran TVET dan kami akan terus berusaha untuk membangunkan tenaga kerja mahir di Malaysia.