2017-10-10

Majlis Konvokesyen Skills Johor 2017 yang diadakan di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, sempena Ekspo Johor Berkemajuan 2017 telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor, R. Vidyanathan.

Seramai 70 graduan telah menerima sijil pada majlis tersebut. Mereka antara 500 graduan yang telah berjaya menamatkan latihan dalam pelbagai bidang seperti program Scaffolding, Food and Beverage, Individual Support dan Retail.

Terpancar kegembiraan di raut wajah mereka dan senyuman yang sentiasa terukir di bibir Perantis Skills Johor sepanjang majlis berlangsung. Perantis Skills Johor bukan sahaja telah berjaya menamatkan latihan dan mendapatkan sijil, mereka juga terus mula bekerja selepas tamat latihan!

Setinggi ucapan tahniah kepada perantis Skills Johor dan terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia, Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Kementerian Sumber Manusia, Pusat Latihan Bertauliah, Agensi-agensi Kerajaan dan Kerajaan Negeri Johor yang sentiasa menyokong hasrat murni kami untuk memperkasakan swadaya insan bangsa Johor dan rakyat Malaysia secara amnya.