2017-10-14

Ekspo Johor Berkemajuan 2017

Ekspo Johor Berkemajuan 2017yang berlangsung pada 6-14 Oktober 2017 telah menyaksikan beberapa agenda penting dilaksanakan semasa Ekspo tersebut. Kami telah meraikan 70 perantis dalam Majlis Konvokesyen pada 10 Oktober yang telah disempurnakan oleh YB Encik R. Vidyananthan & Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Negeri Johor oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2017.

YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak turut meluangkan masa melawat booth Skills Johor dan melihat model skala kampus Skills Johor yang bernilai RM 107 Juta yang dijangka siap sepenuhnya pada 2020. Turut kelihatan booth Skills Johor antara booth paling unik di Sektor Johor Berkemahiran yang diselia oleh Pengerusi Skills Johor, YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat.

Skills Johor sedang mengorak langkah ke arah peningkatan dan pembangunan pendidikan kemahiran dalam usaha untuk memperkasakan rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir negara. Ayuh sertai latihan yang kami sediakan dan peluang terbuka kepada semua rakyat Malaysia!