Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor

Misi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) adalah untuk menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam usaha-usaha pemberian pinjaman dan biasiswa serta menampung keperluan para pelajar dalam kecemerlangan pembelajaran. Oleh itu satu usaha telah dilakukan dengan membangunkan laman web adalah untuk menyampaikan maklumat secara menyeluruh mengenai Yayasan Pelajaran Johor kepada seluruh lapisan masyarakat.

Melalui Piagam Pelanggan YPJ, maka perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra akan diberikan. Maklumat yang cekap, tepat dan mesra amat penting kepada pelanggan agar mereka mendapat maklumat dan gambaran yang lebih jelas di samping mengetahui bentuk bantuan dan aktiviti yang ditawarkan untuk mereka. Maka dengan itu, perancangan dan persiapan dapat dibuat untuk kemajuan dan kejayaan dunia pendidikan mereka.

YPJ akan berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu kerja dan perkhidmatannya sejajar dengan visi YPJ untuk menjadi cemerlang dalam membantu pembangunan dunia pendidikan dengan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.