FRONT DESK OFFICER

HealthLand Wellness Centre adalah rangkaian spa ala Thai yang menampilkan konsep mesra keluarga dengan 27 cawangan di seluruh Lembah Klang.

Gaji Permulaan: RM 2,000 - RM 4,000 

Lokasi Kerja: Kuala Lumpur & Selangor

Lokasi Temuduga: No. 2, Jalan Puteri 1/1, Bandar Puteri Puchong, Selangor

 

Syarat Kelayakan:

1. Graduan dari universiti awam yang tidak bekerja

2. Tamat peperiksaan tahun akhir pada Mac 2018 & ke atas

3. Ijazah dalam Peruncitan/Perniagaan/Pengurusan atau setara

4. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris/Mandarin dengan baik

5. Boleh bekerja mengikut syif dan pada hari minggu

6. Cekap menggunakan komputer

 

Kriteria:

1. Berpersonaliti menarik dan berbudi bahasa

2. Mahir berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang ramai

3. Mahir mengurus beberapa tugas dalam satu masa 

4. Bersikap sabar dan bijak menangani pelanggan

 

Manfaat:

1. Penjagaan Kesihatan

2. Hostel

3. Makanan

4. Pakaian Seragam

5. Bonus

6. Komisyen/Insentif

7. Cuti Tahunan 8 - 10 Hari

8. Elaun Kerja Lebih Masa

 

Skop Kerja:

1. Memberi penerangan tentang produk dan pakej 

2. Memproses pembayaran sesi rawatan 

3. Memastikan kakitangan terapi mematuhi SOP4. Mengendalikan maklum balas dan aduan pelanggan

5. Memastikan premis sentiasa dalam keadaan yang baik 

6. Menjalankan kempen pemasaran dan promosi

7. Menyediakan laporan jualan harian dan mingguan 

8. Menjalankan tugas-tugas ad-hoc yang lain

 

Mengenai GRAND:

GRAND adalah sebuah program latihan komprehensif selama 11 hari bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan serta melatih graduan IPTA dengan kemahiran teknikal dan insaniah dalam bidang Peruncitan melalui metodologi penempatan-dan-latihan.  Hanya calon yang berjaya diterima bekerja sahaja yang layak menyertai Program GRAND.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohonan dianggap tidak berjaya jika anda tidak menerima sebarang jawapan dalam masa14 hari selepas tarikh tutup permohonan.