Hab TVET Skills Johor yang berkeluasan kira-kira 100 ekar dan terletak di Kota Tinggi merupakan yang pertama seumpamanya di negeri ini. Hab yang dibina khas bernilai RM107 juta ini dijangka menyediakan satu dimensi baharu bagi pembelajaran kemahiran kepada lepasan sekolah dan tenaga kerja untuk melatih dan meningkatkan keupayaan diri.

Hab ini mempunyai kapasiti untuk menampung sehingga 20,000 pelatih tempatan dan antarabangsa setahun apabila siap sepenuhnya kelak.

Salah satu kunci kejayaan hab ini adalah pembentukan sebuah komuniti yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa dari seluruh ASEAN serta lain-lain negara.

Hab ini juga merupakan satu ekosistem di mana masyarakat dan industri boleh saling berinteraksi, menggembleng segala sumber agar kedua-dua pihak boleh mencapai faedah bersama.

Sebuah komuniti yang saling berinteraksi, mencipta gaya hidup harmoni.


Komponen:

  • Kelas
  • Makmal
  • Bengkel
  • Pusat Sumber
  • Dewan Kuliah
  • Kemudahan Ibadat
  • Dewan Serbaguna
  • Pusat Sukan
  • Pusat Gaya Hidup

Keluasan: 100 ekar


Skills Johor akan merangsang pembangunan sistem sokongan yang diperlukan untuk pembelajaran dan gaya hidup yang sihat.  Ia akan dilengkapi dengan fasiliti yang lengkap seperti dewan serba guna, kediaman pelatih yang selesa, pusat komersial dan rekreasi serta masjid dan tempat beribadat yang lain.  

Hab ini juga akan dibina dengan berkonsepkan kampus mesra alam dan penggunaan tenaga dengan lebih efisien.


Skills Johor Sdn Bhd, Jalan Kota Tinggi-Kulai, 81900 Kota Tinggi, Johor.