2018-08-13

7 Petanda anda seorang penganggur tegar

Saat yang paling best dalam hidup semestinya masa habis belajar. Fuh, masa tu baru kau betul-betul menyelami erti ‘kemerdekaan’ kan? No more assignments, no more quizzes, and no more exams! Jadi apa yang perlu kau buat sekarang? Enjoy? Of course! Tapi berapa lama nak enjoy? Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?

Tak salah nak enjoy, tapi jangan sampai kau termasuk dalam golongan ‘penganggur tegar’!  Definisi penganggur tegar di sini bermaksud orang yang tak bekerja dan terus ‘selesa’ dengan tak bekerja… ooopss!! Hahaha ada yang terasa ke? Kalau terasa pun takpe, sebab dalam entri ni kami share cara-cara nak atasi masalah penganggur tegar macam ni.  Jadi, teruskanlah membaca.

Sumber: giphy.com

7 petanda anda seorang penganggur tegar & cara-cara mengatasinya:

Petanda #1: Tidur 3:00 pagi, bangun 3:00 petang

Kau dah tak perlu lagi ikut jadual untuk masuk kelas. Jadi rutin harian kau dah bertukar. Tak ada jadual aktiviti dan kau sentiasa free!  Untuk mengisi kekosongan hidup kau yang bosan tu, kau pun banyakkan tidur… Tapi bila dah banyak tidur siang, malam pulak kau tak boleh nak tidur. Akhirnya, jadilah kau burung hantu!

Cara mengatasi:  

Jangan ubah waktu tidur kerana bila kau tukar jadual tidur kau tu, ini akan mempengaruhi biological clock badan korang.  So apa itu biological clock? Ha, kalau kitorang nak borak pasal biological clock ni memang panjang berjela entri ni nanti. So secara mudahnya, biological clock adalah mekanisme dalam badan yang mengawal fungsi dan aktiviti badan kita secara berjadual, salah satunya adalah sleep-wake pattern. (credit: http://pseudosains.blogspot.com/)

Kalau korang susah nak tidur, matikan telefon dan tv.  Nak senang, matikan wifi terus!  Macam mana nak tidur kalau asyik main game atau layan movie kan?  Key point dia, untuk bangun awal, kau kena tidur awal!

Petanda #ke-2: Member lepak dah takde

Sebelum ni korang ada ramai member, 4 – 5 geng sekali ajak kau lepak sampai kau pun pening nak pilih nak lepak dengan geng yang mana.  Tapi kalau kau ni seorang penganggur tegar, sampai satu tahap nanti member lepak kau semua hilang.  Kalau kau ajak lepak pun dorang asyik bagi alasan, “busy laa…next time k?” Okay itu ayat untuk jaga hati kau je.  Yang sebenarnya dorang pun malas nak ajak kau dah pasal tiap kali ajak kau lepak mesti nak kena payung kau.

Cara mengatasi: 

Apa yang perlu kau buat sekarang, belajar daripada kawan-kawan yang dah berjaya dapat kerja tu.  Mintak tolong diorang ajar dan bagi tips macam mana cara diorang dapat kerja.  Lagi best kalau diorang boleh tolong rekemenkan kau kerja kat situ jugak! Hehehe..

Sumber: giphy.com

Petanda #ke-3:  Cinta hati korang melarikan diri

Sudahlah member takde, kekasih pun lari pi cari orang lain.  Alasan dia, “I taknak kawin dengan penganggur macam you.” Hahaha kalau sampai kekasih bagi reason direct macam ni pun wahyu nak cari kerja tu sampai-sampai lagi kat kau, tak tahulaaa..

Cara mengatasi: 

Kalau ini berlaku, jangan down. Sebaliknya, jadikan ia pembakar semangat untuk kau buktikan kat kekasih kau betapa ruginya dia tinggalkan kau.  Seeloknya, janganlah sampai kekasih korang tu lari.  Kalau berani bercinta, takkan tak berani nak pikul tanggungjawab? Ouch! Sakitnya tuhhhhh di sini…

Sumber: giphy.com

Petanda #ke-4: Setiap kali kau bayar barang kat kaunter cashier, ramai orang beratur panjang belakang kau

Kalau kau seorang penganggur ekstrem, pastinya duit poket kau pun kering tahap ekstrem jugak.  Mungkin sampai tahap kau dah lupa macam mana rupa bentuk duit kertas 50 ringgit.  Silap-silap duit kertas 10 ringgit warna apa pun kau lupa.  Yang tinggal dalam poket kau hanyalah duit syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen, dan 5 sen.  Jadi bayangkanlah kalau kau nak beli air mineral cap seperitzer pastu kau bayar pakai duit syiling 5 sen.  Tak ke berjanggut cashier tu nak kira duit kau?

Cara mengatasi: 

Setiap orang mesti ada simpanan dan wang simpanan bukan untuk dibelanjakan.  Kalau kau seorang penyimpan sejak azali lagi, kau takkan biarkan akaun bank kau kering.  Kalau dalam akaun kau ada RM100 tu, bagi kau dah macam tinggal 2 ringgit je, menggelabah dah!  Sikap macam ni kalau kau ada, konfem tak senang duduk kau cari jalan untuk naikkan angka dalam akaun simpanan kau a.k.a kalau dah dapat kerja pun kau masih nak cari 2, 3 kerja part time selagi kau boleh.

Sumber: giphy.com

Petanda #ke-5:   Rumah kau bertukar jadi showroom

Kalau dulu masa study maybe kau kaya-raya spend macam orang kaya gila walaupun cuma survive pakai duit PTPTN atau duit belanja daripada PA-MA.  Tapi bila menganggur, mana nak dapat duit untuk isi minyak kereta atau minyak motor?  Sudahnya, kau biar jela kereta tu tersadai kat depan rumah, lalu rumah pun  bertukar menjadi showroom kereta.

Cara mengatasi: 

Kalau kau menganggur dan kau ada kereta, cara paling mudah untuk kau buat duit adalah jadi Grab driver!  Mungkin area tempat tinggal kau tak berapa banyak demand untuk Grab driver.  Tapi tak apa, kau still boleh ambil upah cuci kereta atau ambil upah apa-apalah!  Janji poket kau tak kosong, kereta kau tak tersadai!   

Petanda #ke-6:   Mak kau asyik sakit

Sesungguhnya tak ada mak yang senang hati tengok anak dia kat rumah tak kerja-kerja!  Sudahlah beban kerja mak kau tu banyak, ditambah lagi nak jaga kau yang dah besar panjang.  Kalau kau ni penganggur tegar, cuba kau perhatikan mak kau. Kalau mak kau dok mengadu sakit tekak, sakit kepala, sakit badan atau sakit hati, itu maknanya kaulah punca mak kau tu sakit.  Sakit tekak membebel kat kau, sakit kepala fikir perangai kau, sakit badan mengemas untuk kau, dan sakit hati tengok kau membuta je kat rumah.

Cara mengatasi: 

Kalau sungguh pun kau belum dipertemukan jodoh dengan mana-mana pekerjaan, sekurang-kurangnya janganlah kau tambah beban mak kau.  Bangun awal, tolong sapu sampah, tolong cuci bilik air, tolong basuh baju, lipat baju dan sebagainya.  Barulah sejuk hati mak tu…

Sumber: giphy.com

Petanda #ke-7:   Tiba-tiba kau jadi artis segera

Almaklumlah kat kawasan rumah kau tu bukan sorang dua je makcik bawang yang ada…ramai tau!  Jiran sebelah kalau dok tengok kau asyik melekat kat rumah aje, mulalah dok menyembang dengan jiran depan rumah. Jiran depan rumah pulak menyembang dengan jiran belakang rumah, jiran belakang rumah pulak menyembang dengan jiran kampung sebelah, and the list goes on and on… Femes ko jah!!

Cara mengatasi: 

Buktikan yang kau ni bukan seorang parasit!  Walaupun kau belum dapat kerja lagi, kau jadi seorang yang ringan tulang tolong mak bapak kat rumah. Bukannya dok berkurung dalam bilik macam Rapunzel.

Sumber: giphy.com

Adakah anda memiliki kesemua petanda penganggur tegar di atas?

Kalau kesemua di atas menggambarkan diri kau sekarang, maka sah la kau memang penganggur tegar yang cemerlang!  Tapi jangan give up.  Mintalah bantuan daripada kawan-kawan dan keluarga anda, mungkin mereka boleh bagi anda tips dan nasihat untuk dapat kerja.  Tak mustahil juga ada yang boleh tolong dapatkan kau offer kerja kat tempat mereka. Jangan menganggur terlalu lama kerana ia akan mengganggu produktiviti masa hadapan.  Isi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Jangan lupa, bekerja tak semestinya makan gaji… Mungkin anda boleh mulakan kerjaya anda sendiri dengan bercucuk-tanam atau membuka perniagaan atas talian.  So, all the best guys!

 

 

 

 

Kongsi artikel ini