2018-10-19

                                                                                         

oleh: Mia Ai 

Anak anda sudah berjaya menamatkan pengajian di universiti atau kolej. Sebagai ibu bapa yang concern, anda perlu membimbing si anak memasuki alam kerjaya yang penuh pancaroba. Tapi, apakah yang harus anda lakukan? Pada ketika ini, anak anda yang baru sahaja bergelar graduan masih lagi baru dan mudah dibentuk.
Segala ilmu yang dipelajari masih lagi segar dalam ingatan dan majoriti daripada mereka masih lagi memiliki student mindset. Mereka masih tiada pengalaman bekerja apatah lagi dapat membayangkan situasi sebenar di tempat kerja. Buat pertama kalinya membuat persiapan untuk memasuki alam kerjaya, pastinya mereka ada 1001 macam persoalan.

Rasa takut, bimbang, cemas, kurang keyakinan, excited, semuanya bercampur-baur. Saya masih ingat lagi, masa saya baru mula mencari kerja dulu, pertanyaan yang berlegar-legar dalam fikiran saya adalah ‘Bolehkah saya menyesuaikan diri di tempat kerja?’, Dapatkah saya memenuhi jangkaan majikan saya kelak?’, ‘Bagaimana jika saya tak dapat bertahan?’ dan ‘Siapakah yang akan membantu saya nanti?’. Sudah pasti, ibu bapa adalah antara orang yang paling graduan baru ini harapkan dapat membantu mereka.
Sebagai ibu bapa, peranan anda adalah sebagai pembimbing, pendengar setia, dan teman untuk meringankan beban dalam fikiran mereka. Sokongan ibu bapa amat penting kerana jika graduan baru tidak diberi perhatian, mereka akan menghadapi masalah dan rasa tertekan. Lebih buruk lagi, sekiranya hal berlanjutan mereka akhirnya berpotensi mendapat anxiety disorder atau depression.

#1 Bincang tentang prospek kerjaya

Ajak anak anda berbual tentang dream job mereka. Sebagai ibu bapa mereka, anda pastinya lebih kenal anak anda berbanding orang lain. Bahkan, anda mungkin lebih kenal mereka berbanding diri mereka sendiri! Pelik tetapi benar… Saya nak share contoh diri saya sendiri. Dulu saya masuk sekolah asrama ambil aliran Sains, masa tu saya fikir saya suka Sains, berdasarkan reason and expectation yang dengan aliran Sains, saya boleh jadi doktor dan hidup senang. Pada masa itu, ibu saya telah banyak kali menasihati saya supaya beralih ke aliran Sastera kerana sudah berkali-kali result saya dalam subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan langsung tidak memberangsangkan. Namun begitu, saya masih berdegil dan akhirnya saya tamat SPM dengan hanya 5A berbanding rakan-rakan lain yang rata-ratanya 8A – 10A. Sebenarnya saya sayang nak tinggalkan sekolah dan rakan-rakan. Selepas tamat belajar, saya sedar yang saya memang tidak berbakat dalam bidang Sains dan akhirnya mengakui minat saya dalam bidang penulisan. So yeah, here I am, writing this for you!

Belanja gambar kenangan saya semasa di Tingkatan 1… Walaupun saya murid tercorot, tapi saya tetap sayang kawan- kawan saya. Saya yang mana? Hmm…teka sendirilah ye!

 

#2 Pastikan Resume Telah Dibuat Dengan Betul

Perkara pertama yang perlu anak anda lakukan untuk mencari kerja pastinya menyiapkan resume! Percaya atau tidak, tidak kiralah graduan itu best student atau tidak, rata-rata mereka kerap membuat silap semasa menulis resume. Untuk membimbing mereka menulis resume dengan betul, bantu mereka memilih beberapa contoh resume terbaik sebagai rujukan supaya mereka dapat memperbaiki resume mereka. Sebelum mereka mula menghantar permohonan kerja, bantu anak anda menyemak resume mereka terlebih dahulu. Aspek yang perlu anda beri perhatian adalah tatabahasa, ejaan serta kandungan.

Saya sendiri pernah membuat kesilapan seperti salah ejaan dan lupa menulis alamat tempat tinggal walaupun telah menyemak resume beberapa kali. Sebab itu penting untuk ada orang lain yang bantu menyemak untuk anda, dan dalam kes ini, anda sebagai ibu bapa mereka harus melakukannya.

 

#3 Latih Temuduga

Saya percaya, rata-rata ibu bapa lupa untuk melatih anak mereka menghadiri temuduga. Untuk membiasakan graduan baru dengan soalan-soalan semasa temuduga, jalankan latihan temuduga berulang-ulang kali sehingga anak anda dapat menjawab apa jua soalan dengan lancar, tenang dan yakin. Dalam latihan temuduga itu sendiri, anda sebenarnya telah membantu anak anda untuk mengasah keyakinan diri mereka, kemahiran mereka berkomunikasi, cara-cara duduk dan berpakaian, fail yang perlu dibawa, and pretty much everything that they should know will happen in an interview.
Kalau anak anda tidak fasih berbahasa Inggeris dan kerja yang dimohon tidak mewajibkan mereka berbahasa Inggeris sepanjang masa, latih mereka untuk jawab dengan yakin dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimana pun, galakkan mereka untuk cuba bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lebih kerap supaya kemahiran Bahasa Inggeris mereka semakin meningkat dari hari ke hari.

Ingin berikan anak anda persediaan alam kerjaya yang lengkap?

Di Skills Johor, kami ada menyediakan peluang latihan dan kerjaya untuk graduan yang baru menamatkan pengajian. Melalui modul latihan komprehensif kami, graduan akan dilatih dengan teknik-teknik menulis resume, latihan temuduga, dan latihan kemahiran seperti komunikasi, kepimpinan, keyakinan diri, kerjasama pasukan dan banyak lagi.

Kongsi artikel ini