2018-04-26

Pernah tak anda tertanya-tanya, ada ke peluang kerja dalam bidang kemahiran?

Kalau anda nak tahu, pada tahun 2017, 90% daripada 2,273 graduan kohort pertama kolej vokasional (KV) telah berjaya mendapat pekerjaan mengikut bidang masing-masing.

Bagi kohort kedua pula, lebih kurang 41% daripada 12,997 pelajar KV telah berjaya mendapat penempatan kerjaya sebelum majlis konvokesyen mereka berlangsung.

Ini adalah bukti di mana graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menepati kehendak pasaran semasa dan menjadi rebutan industri.

Sejajar dengan aspirasi dan visi Transformasi Nasional 2050 atau TN50, tumpuan khusus diberi kepada Revolusi Industri 4.0 bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang diperlukan dan mampu berdaya saing di peringkat global. 

Oleh itu, struktur program TVET yang sedia ada sedang dikaji dan diperbaharui dari segi pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum dapat melahirkan lebih ramai graduan TVET yang berkualiti dan berkemahiran.

Sehubungan dengan itu, TVET Malaysia kini sedang dipergiat lagi ke arah meningkatkan tenaga kerja mahir daripada 28% (2015) kepada 35% menjelang 2020.

Jumlah graduan berkelulusan TVET juga akan ditingkatkan daripada 164,000 (2015) kepada 225,000 menjelang 2020, selari dengan sasaran RMKe-11. 

Sumber: Twitter @MahdzirKhalid

Jadi apakah peranan Skills Johor?

Skills Johor membantu pencari kerja yang berminat untuk bekerja dalam bidang teknikal dan vokasional untuk mendapatkan pekerjaan. 

Skills Johor menyediakan peluang latihan dan pekerjaan kepada belia lepasan PMR/SPM, graduan lepasan Diploma/Ijazah dan golongan yang ditamatkan perkhidmatan/kontrak (retrenched workers).

Skills Johor turut menyediakan latihan untuk warga kerja yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. 

Skills Johor menganjurkan temuduga terbuka  dari semasa ke semasa dan calon-calon temuduga yang berjaya akan diberikan latihan secara percuma dan sijil pengiktirafan sebelum mula bekerja dalam jawatan yang ditawarkan oleh rakan syarikat Skills Johor.

Peluang pekerjaan tersedia dalam enam pilihan industri iaitu Minyak dan Gas, Bioteknologi, Hospitaliti dan Pelancongan, Peruncitan dan Khidmat Sokongan, Logistik dan Penjagaan Kesihatan.  Peluang terbuka kepada semua rakyat Johor dan Malaysia secara amnya.

Anda nak ceburi bidang kemahiran?

Untuk notifikasi peluang pekerjaan yang seterusnya, sila Like Facebook Skills Johor, Follow Twitter Skills Johor atau Instagram @officialskillsjohor

Kongsi artikel ini